Thursday, 15 February 2018

DALIL-DALIL KETAATAN KEPADA ORGANISASI



Assalamualaikum dan salam sejahtera , pertama kali kami memanjatkan syukur kepada ilahi kerana telah diberikan kesempatan untuk menjayakan tugasan yang telah diberikan.Terlebih dahulu  kami ingin memperkenalkan ahli kumpulan kami yang telah bersama-sama menjayakan tugasan ini yang terdiri daripada : 

1. Azfa Amira binti Mohamad (16DPM17F1017)
2.Nur Ainna Izati binti Mohamad Zafi (16DPM17F1013)
3.Aqilah binti Mohd Isa (16DPM17F1012)
4.Noor Syakirah Anisa binti Mohamad Rosli (16DPM17F1008)








PENGENALAN


Dalam perspektif islam,setiap manusia di galakkan untuk sentiasa mengamalkan prinsip dan juga semangat berorganisasi. Contoh, setiap umat islam di tuntut untuk mengerjakan solat secara berjemaah dengan melantik seorang ketua iaini (imam). Begitu juga dengan urusan musafir. Setiap manusia di galakkan bermusafir secara berjemaah dan melantik salah seorang dari mereka untuk menjadi ketua. Begitu jugalah dengan amalan lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya hidup dalam berorganisasi. Oleh itu,sangat jelas bahawa kehidupan berorganisasi ini sangat bermanfaat kerana mempunyai ciri-ciri penting dalam membentuk masyarakat yang bertamadun.


Konsep Pengurusan Islam

Sebagaimana yang kita maklum, sistem pengurusan Islam adalah lengkap dan sistematik di mana ia berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Prinsip pengurusannya jelas, penyusunan dan perancangan pengurusan yang teratur, pengawasan yang meyeluruh dan terperinci, dan motivasi yang mempunyai asas yang kukuh untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan tidak semata-mata kebendaan dan keduniaan sahaja


Definisi Pengurusan Islam

Di dalam pengurusan Islam , terdapat beberapa sarjana-sarjana Islam telah mengutarakan definisi pengurusan. Di antaranya :


a) Ahmad Ibrahim Abu Sin

Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang menjadi pengurus.


b) Profesor Syed Othman Alhabshi

Pengurusan merupakan suatu proses mendapat dan mencantumkan sumber-sumber kewangan, modal, tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan.


c) Muhammad A. Al-Buraey

Pengurusan merupakan penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain.



Matlamat dan Objektif Pengurusan Islam

Di antara matlamat dan objektif pengurusan Islam ialah :-


a) Menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh Allah dengan adil dan memelihara perhubungan yang baik sesama insan.

b) Memakmurkan mukabumi ini dengan cara yang diredhai.

c) Melaksanakan syariah Islam iaitu ibadat, muamalat dan hukum-hukum Islam yang lain.

d) Mencari keredhaan Allah walaupun ketika berurusan dalam hal-hal duniawi.

e) Memastikan bahawa Islam itu sentiasa lebih tinggi darjatnya daripada hal-hal lain.



Definisi Organisasi

·         Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi.


Dalam buku ‘Mengurus Secara Islam’, Yusof Ismail mengungkapkan, organisasi didefinasikan sebagai “struktur perhubungan untuk menyelesaikan pekerjaan”(Jackson dan Musselmen,108),”kumpulan dua atau lebih orang yang wujud dan beroperasi untuk mencapai objektif yang dinyatakan dan dipersetujui bersama.

Jadi organisasi menurut analisis kata ini adalah suatu perkumpulan atau jamaah yangmempunyai sistem yang teratur dan tertib untuk mencapai tujuan bersama. Dalam surah al-Shaff ayat 4 dikemukakan:

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوصٌ

Artinya: Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang dijalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan   yang tersusun kokoh.


Maksud dari shaff disitu menurut al-Qurtubi adalah menyuruh masuk dalam sebuah barisan (organisasi) supaya terdapat keteraturan untuk mencapai tujuan.


Dalam sebuah hadits diterangkan:


Artinya: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang jika melakukan suatu pekerjaan dilakukan dengan “tepat, terarah dan tuntas“.

Suatu pekerjaan apabila dilakukan dengan teratur dan terarah, maka hasilnya juga akan baik. Maka dalam suatu organisasi yang baik, proses juga dilakukan secara terarah dan teratur.



Definisi ketaatan
 Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan islam,maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya. Terdapat faktor yang mesti diambil kira bagi menjadi arahan sebagai sesuatu yang pasti diterima.Antaranya ialah arahan tersebut pastilah berada dalam bidang tugas,tugas yang diarahkan oleh majikan terdapat dalam deskripsi kerja dan kerja tersebut boleh dilakukan mengikut keupayaan mental dan fizikal pekerja.



KETAATAN KEPADA ORGANISASI


  Ketaatan kepada organisasi merujuk kepada ketaatan seseorang pekerja kepada pengurus dan seorang pengurus kepada ketuanya.


Prinsip utama ketaatan ialah selagi arahan atau perintah daripada pengurus tersebut tidak bercanggah dengan Islam, maka menjadi kewajipan pekerja mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh majikannya.


Ketaatan dalam organisasi melibatkan segala bentuk arahan keorganisasian. Ia penting untuk melicinkan perjalanan organisasi. Dengan itu, matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi boleh direalisasikan. Ketaatan tersebut juga melibatkan arahan yang tidak bercanggah dengan hukum dan nilai-nilai yang ditentukan oleh syarak.Ketaatan kepada pemimpin ini dapat diambil dari Firman Allah s.w.t :


Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisa : 59)




Ayat ini mengisyaratkan bahawa ketaatan kepada Allah dan rasul merupakan ketaatan yang mutlak dan tanpa bersyarat.Seperti diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan lainnya yang bersumber dari Ibnu Abbas dengan riwayat ringkas: bahwa turunnya ayat ini (An-Nisa ayat 59) berkenaan dengan Abdullah bin Hudzafah bin Qais ketika diutus oleh Nabi Saw memimpin suatu pasukan.
Keterangan:
Menurut Imam Ad-Dawudi riwayat tersebut menyalahgunakan nama Ibnu Abbas, karena cerita mengenai Abdullah bin Hudzafah itu adalah sebagai berikut: “Di saat Abdullah marah-marah pada pasukannya ia menyalakan api unggun, dan memerintahkan pasukannya untuk terjun ke dalamnya. Pada waktu itu sebagian menolak dan sebagian lagi hampir menerjunkan diri ke dalam api”. Sekiranya ayat ini turun sebelum peristiwa Abdullah mengapa ayat ini dikhususkan untuk mentaati Abdullah bin Hudzafah saja, sedang pada waktu lainnya tidak. Dan sekiranya ayat ini sesudahnya, maka berdasarkan hadis yang telah mereka ketahui, yang wajib ditaati itu ialah di dalam ma’ruf (kebaikan) dan tidak pantas dikatakan kepada mereka mengapa ia tidak taat.
Al-Hafidz Ibnu Hajar berpendapat bahwa maksud kisah Abdullah bin Hudzafah, munasabah disangkut pautkan dengan alasan turunnya ayat ini (An-Nisa ayat 59) karena dalam kisah ini dituliskan adanya perbatasan antara taat pada perintah (pemimpin) dan menolak perintah, untuk terjun ke dalam api. Di saat itu mereka perlu akan petunjuk apa yang harus mereka lakukan. Ayat ini (An-Nisa ayat 59) turun memberikan petunjuk kepada mereka apabila berbantahan hendaknya kembali kepada Allah dan Rasul-Nya.
Menurut Ibnu Jarir bahwa ayat ini (An-Nisa ayat 59) turun berkenaan dengan Ammar bin Yasir yang melindungi seorang tawanan tanpa perintah panglimanya (Khalid bin Walid) sehingga mereka berselisih.


larangan ketaatan kepada perkara bercanggah dalam islam contohnya melakukan perkara maksiat ada juga disebut dalam hadith


لا طاعةَ لمَخلوقٍ في مَعصيةِ الخالِقِ


“tidak ada ketaatan pada makhluk dalam perkara maksiat kepada Al Khaliq” (dishahihkan Al Albani dalam Shahih Al Jami’, 7520).


Namun mengenai ketaatan pada pimpinan organisasi, para ulama merinci :
Ø Jika organisasi tersebut adalah organisasi pemerintah atau milik pemerintah, maka taat pada pemimpin organisasi ketika itu sebagaimana taat kepada pemerintah.
Ø Jika organisasi tersebut adalah organisasi bukan milik pemerintah (NGO), maka taat pada pemimpin organisasi wajib namun terbatas pada urusan organisasi dan tidak sama seperti taat kepada pemerintah.
Syaikh Ubaid Al Jabiri menyatakan: “pengetua sekolah atau pengarah institute pengajian tinggi, ketaatan kepada mereka ini bukanlah ketaatan yang mutlak, namun ketaatan yang muqayyad. Meskipun mereka memiliki kekuasaan, namun ketaatan kepada mereka adalah terbatas. Namun begitu,mereka hendaklah dihormati, mereka juga ditaati dalam urusan menyatukan kabilah, bukan dalam semua hal” 


Sementara ketaatan kepada yang lainnya mempunyai syaratnya tersendiri selama mana ia tidak bercanggah dengan arahan Allah dan RasulNya. Soal ketaatan ini seringkali dinyatakan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda. Di antara sabda baginda yang bermaksud :


“Sesiapa yang mentaati perintahku, maka sesungguhnya ia mematuhi perintah Allah. Sesiapa yang mentaati perintah amir (ketua) sesungguhnya bererti mematuhi perintahku, dan sesiapa yang melanggar perintah amir (ketua) bererti ia melanggari perintahku”. (Riwayat Muslim)


Sabda baginda ini menunjukkan bahawa ketaatan itu sangat penting .ini bermakna dalam sebuah organisasi itu sangat memerlukan ketaatan seorang ketua dan seorang pengikut.

Konsep ketaatan ini melibatkan semua keadaan, samada dalam keadaan senang atau susah. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud :


“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang, atau dalam keadaan perkara yang disukai atau kurang disukai, atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu”. (Riwayat Muslim)


Dalam menerima delegasi pihak berkuasa dan tanggungjawab perlu dilakukan secara optimum dan bersungguh-sungguh. Jangan ahli-ahli sesuatu organisasi menjalankan kewajipan dan kuasa secara rawak. Dalam satu hadis, dijelaskan bahawa jika seseorang hanya prihatin dengan kepentingan sepihak dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara rawak. Hadith yang menjelaskan kekalahan orang Islam dalam peperangan Uhud menunjukkan bahawa jika seseorang tidak menjalankan anggotanya sebagai sebahagian daripada organisasi perang, maka hasilnya adalah organisasi itu dikalahkan. Jadi dalam organisasi mesti berlaku koordinasi yang baik dan tidak boleh terjadi penyalahgunaan kuasa.


Dalam ayat lain diterangkan:

 "Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Q.S. al-Anfal: 46)


Ayat menjelaskan bahawa dalam organisasi tidak ada pertikaian yang menyebabkan permusuhan yang akhirnya mengakibatkan kemusnahan perpaduan. Dalam tafsiran beliau tentang al-Maraghi menjelaskan konflik yang menyebabkan keruntuhan koordinasi dan organisasi akan membawa kepada kelemahan dan kegagalan.




Ketaatan kepada organisasi dapat dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin.



Kesetiaan kepada organisasi


Seseorang pengurus mesti setia kepada organisasinya. Beliau TIDAK BOLEH :

1. Mengambil tindakan yang boleh menimbulkan risiko yang besar kepada organisasinya.

2. Membuat keputusan yang mungkin membawa kepada kerugian syarikatnya.

3. Membelakangkan kepentingan organisasinya demi kepentingan organisasi yang lain seperti memberikan maklumat rahsia organisasinya kepada organisasi pesaing


Kepatuhan kepada disiplin


1. Kepentingan disiplin sememangnya tidak dinafikan bagi memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.

2. Organisasi perlu menyediakan dasar dan peraturan supaya dipatuhi oleh setiap individu yang bekerja di dalamnya.

3.Tanpa disiplin, operasi organisasi akan jadi kacau bilau yang akibatnya akan memusnahkan organisasi akhirnya.

4.Setiap pengurus diamanahkan oleh majikan dan pihak pengurusan atasan bagi memastikan segala peraturan dan arahan yang berkaitan dengan kerja diikuti oleh pekerjanya dan diri pengurus itu sendiri.



SYAIR TENTANG KETAATAN 

Lagi dan lagi amanah ku embri


penuh prediksi penuh pengharapan

tak perlu banyak berkicau

tapi implementasi yang ditunggu



siren berbunyi menyambut kepemimpinan era baru

sunyi secara isyarat, namun berisik secara tabiat

gerombolan ide-ide pun terhanyut

menuju getaran kesamaan aksi



satu komando menandakan cita

membahana laksana sangka kala

menyatukan perbezaan

antara A dan B, antara C dan D



wajah tak mengenal menjadi berbaur

suasana lama berganti baru

masa pun bertambah berjalannya waktu

ceria menuju kebanggaan



mengabdi sejatinya untuk kemajuan bangsa

melalui organisasi kami perjuangkan

pengorbanan penuh tanpa tanda jasa

seperti cucuran keikhlasan keringan para pendidik





   Video 


KESIMPULAN


1) Sebagai manusia kita hendaklah sentiasa mengamalkan prinsip kesetiaan kepada organisasi dan kepatuhan kepada disiplin untuk membentuk masyarakat yang bertamadun , ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabda baginda yang bermaksud



“Kewajipan kamu adalah mendengar dan taat sesuatu perintah sama ada dalam keadaan susah atau senang,atau dalam keadaan perkara yang atau kurang di sukai atau sesuatu yang tidak mendahulukan kepentingan kamu”.(Riwayat Muslim) .



 2) Kita mestilah taat kepada sesebuah organisasi bagi mencapai matlamat , mampu merealisasikan matlamat sesebuah  syarikat  .




 3) Sebagai pelajar kami menyarankan sesebuah organisasi itu mementingkan sifat mahmudah dalam menjalankan tugas, seperti jujur , amanah , bertanggungjawab dan berdisiplin dalam melaksanakan pekerjaan yang diberi oleh pengurus (Organisasi)





Sumber rujukan

1. tafsir al-quran
2. hadith 40 nawawi by telaga biru (Datuk Hj’ Mohamad Zakaria)
3. buku mengurus secara islam (yusof ismail)
4. https://brainly.co.id/tugas/994221

5.https://www.google.com/search?q=google+translate&rlz=1C1CHBD_enMY778MY778&oq=google&aqs=chrome.1.0l3j69i60l3.3177j0j8&sourceid=chrome&ie=UTF-8

6. http://berpayungkaniman.blogspot.my/2015/06/ketaatan-kepada-organisasi.html

7.  https://muslim.or.id/21379-hukum-organisasi-dan-taat-pada-pimpinan-organisasi.html

8.  https://www.powtoon.com/online-presentation/d5tvZgrvhVJ/ketaatan-kepada-organisasi/?mode=movie\

9.  https://fuadridani.wordpress.com/2014/03/21/10-prinsip-prinsip-manajemen-organisasi-islam-menurut-al-quran-dan-al-hadits/

10. http://pengurusandalamislamdpm.blogspot.my/2015/10/kesetiaan-kepada-organisasi.html?m=1

11.https://www.youtube.com/